SukaKomputer

Kelas komputer percuma di laman web

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home

Perbezaan Antara Static IP Dengan Dinamik IP

E-mail Print PDF

Masukkan email, kalau anda nak saya hantar artikel terbaru saya terus ke email anda. Masukkan emel anda di bawah :

Pernahkan anda terfikir perbezaan di antara statik ip dan dinamik ip? Jika tidak, mari kita lihat perbezaannya...

Ip Address

Ip address adalah singkatan daripada Internet Protocol Address yang membawa maksud protocol alamat internet (nampak macam bunyi alien kan). Ip address adalah alamat yang di miliki oleh setiap device yang mempunyai sambungan ke internet atau LAN. Konsepnya adalah seperti rumah yang mempunyai alamat, cuma bezanya di sini semua rumah mempunyai alamat yang tetap dan tidak berubah-rubah kecuali berlaku perubahan nama jalan atau yang seumpama dengannya. Kita boleh rumuskan yang semua rumah mempunyai alamat yang tetap. Dinamik ip address adalah alamat yang selalu berubah-rubah mengikut keperluan. Contohnya alamat yang kita pakai pada hari ini tidak sama dengan alamat yang di pakai esok. Ini perlu untuk memudahkan end user configure ip address mereka.

 

Penggunaan

Statik IP banyak di gunakan di server-server di mana ianya akan meningkatkan reliability network tersebut. Contohnya jika DNS down, maka admin masih boleh mencapai server tersebut dengan menggunakan IP address

Dinamik IP banyak di gunakan oleh end user di mana mereka tidak perlu mengetahui tentang IP address range atau network, mereka hanya perlu plug kan Ethernet Cable (atau biasa di panggil LAN Cable) dan terus boleh menggunakan internet kurang dari seminit.

Contoh di atas adalah penggunaan static IP address, alamat di atas perlu unik kerana network tidak boleh bekerja dengan alamat yang sama. Analoginya samalah seperti posmen tidak boleh menghantar ke dua buah rumah dengan alamat yang sama.

Untuk penggunaan dinamik ip, pengguna hanya perlu pilih "Obtain IP address automatically" dan sebaliknya untuk statik IP.

Bagaimana mendapatkan option ini? Caranya mudah sahaja,

Untuk Windows 7 / Vista dan XP

Klik Start -> Control panel -> Network connection -> Local Area Connection -> Properties -> Internet Protocol (TCP/IP) -> Properties

 

Selamat Mencuba

P/S: Jika anda mendapati artikel ini menarik untuk di kongsi bersama rakan, klik butang twits (twitter) atau butang share (facebook) yang terletak di sebelah kanan artikel ini.

 

Last Updated on Tuesday, 29 November 2011 18:48  

Add comment


Security code
Refresh


Advertisement

Featured Links: