SukaKomputer

Kelas komputer percuma di laman web

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home

Cara Memasang (Install) Windows 8

E-mail Print PDF

Masukkan email, kalau anda nak saya hantar artikel terbaru saya terus ke email anda. Masukkan emel anda di bawah :

Windows 8 adalah sistem pengoperasian terbaru microsoft yang mana ianya masih lagi dalam peringkat percubaan. Bagaimanapun bagi mereka yang tidak sabar untuk melihat bagaimana keadaan reka bentuk sistem operasi Windows 8 boleh lah pergi ke web di bawah untuk mendownload dan menguji sistem operasi ini.

http://msdn.microsoft.com/en-us/windows/apps/br229516

Di sini saya akan menunjukkan bagaimana cara untuk memasang sistem operasi terbaru dari microsoft ini

Langkah 1: Download dan Burn Image ke DVD

Download sistem operasi dari website di bawah. Anda boleh memilih samada untuk download versi 32 bit atau 64 bit. Jika komputer anda mempunyai memori (RAM) lebih dari 2GB saya mensarankan untuk download versi 64 bit yang mana ianya akan mengoptimumkan penggunaan memori komputer (RAM). Klik link di bawah untuk download DVD image dari microsoft secara percuma.

http://msdn.microsoft.com/en-us/windows/apps/br229516

Langkah 2: Burn Image ke DVD

Untuk burn image ke DVD, anda hanya perlu right klik fail image yang di download tadi dan pilih menu send "Send to DVD". Selepas itu seperti anda perlu masukkan DVD yang masih kosong ke DVD recorder anda. Klik di DVD ram dan pilih "Write this file to CD"

Langkah 3: Memulakan Proses Pemasangan (Install)

 

Di sini anda perlu klik di checkbox "I accept the license terms"

Jika komputer anda mempunyai sistem operasi windows yang sebelumnya seperti Windows XP atau 7, klik butang upgrade. Sekiranya komputer anda tiada sebarang sistem operasi ataupun bukan sistem operasi windows, klik di butang Custom (advanced).

Di sini anda perlu menetapkan di mana perlu sistem operasi windows 8 ini berada.Dalam contoh ini, hanya ada satu partition hard disk sahaja.

Sila tunggu sementara installer melaksanakan kerja-kerja yang patut di laksanakan. Ianya mengambil masa 10 - 15 minit bergantung kepada kelajuan komputer.

Installer akan restart sendiri selepas kerja tadi selesai, jika anda ingin restart di laksanakan lebih pantas, klik butang "Restart now"

Langkah 4: Selepas Retart

Di atas adalah screenshot selepas komputer restart.

Sila tunggu sementara windows memulakan configuration. Process ini memerlukan masa lebih kurang 10-15 minit bergantung kepada kelajuan komputer anda.

Selepas proses ini selesai, installer akan meminta maklumat lanjut seperti login id dan password.

Screenshot di atas adalah screen yang anda akan dapati setelah proses intallation selesai.

Untuk melaksanakan proses installation dalam Virtualbox, klik link di bawah

http://sukakomputer.mindster.net/en/component/content/article/43-windows-8/82-cara-memasang-install-windows-8.html

 

Selamat Mencuba

P/S: Jika anda mendapati artikel ini menarik untuk di kongsi bersama rakan, klik butang twits (twitter) atau butang share (facebook) yang terletak di sebelah kanan artikel ini.

 

 

 

Last Updated on Friday, 30 September 2011 19:14  

Comments  

 
0 #1 2012-09-14 19:58
Masih dalam tahap beta, tak best. mesti banyak bug.
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh


Advertisement

Featured Links: