SukaKomputer

Kelas komputer percuma di laman web

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home

Perbezaan Di Antara BMP, JPG, GIF, PNG dan TIFF

E-mail Print PDF

Masukkan email, kalau anda nak saya hantar artikel terbaru saya terus ke email anda. Masukkan emel anda di bawah :

 

Adakah anda selalu menghadapi situasi untuk memilih format yang sesuai untuk kerja grafik anda? Jika ya, mari kita lihat perbezaan mereka ini, oleh kerana setiap format ini mempunyai penerangan teknikal yang agak sukar untuk di fahami, saya memilih untuk menerangkan dengan cara yang serba ringkas sahaja.

BMP

Format ini paling popular suatu ketika dahulu. Pada masa dahulu, hampir ke semua image di dalam komputer adalah dalam format BMP. Fail dalam format ini biasanya wujud dalam saiz yang besar kerana ia tidak memampatkan gambar, jika ada pun, format comression masih kurang kompleks (ini kerana pada waktu dahulu, sistem pemprosesan komputer adalah perlahan dan tidak praktikal jika format gambar mempunyai format compression yang kompleks)

BMP adalah singkatan kepada Bitmap Image File (dengan melihat singkatan ini, programmer pasti boleh mengagak bagaimana struktur file bmp ini)

 

 

JPG, JPEG

Singkatan kepada Joint Picture Expert group, format ini banyak di gunakan di dalam foto bewarna dengan fail saiz yang kecil (biasanya 10% kurang dari BMP). Format ini menjadi popular dengan terciptanya digital camera. Ini kerana fail saiz yang di hasilkan oleh format JPG lebih kecil dan bersesuaian dengan digital kamera dahulu yang mempunyai ruang penyimpanan yang kecil. Kelemahan format ini ialah ianya tidak berapa sesuai untuk image yang mempunyai sudut yang tajam (ia akan kabur sedikit).

GIF

Graphics Interchange Format - Sesuai untuk perkataan, garisan lukisan dan apa-apa yang simple, warna di dalam format ini cuma di hadkan kepada 256. Dahulu ianya selalu di gunakan untuk menambahkan prestasi web site. Ia juga di ginakan untuk membuat animasi pendek dengan fail yang kecil.

PNG

(Portable Networks Graphic) Nampaknya ini adalah format yang terbaik setakat ini, Now days it is the best image format to use for website kerana ia mempunyai sifat-sifat jpg dan gif (format ini mempunyai feature transparent yang tidak di miliki oleh JPG).

TIFF

Tagged File Format - Format ini tidak pernah di update semenjak tahun 1992 dan ia di miliki oleh Adobe. Kelebihannya ialah ia mampu menyimpan image dan gambar di dalam satu fail. Fail yang di simpan juga tidak di kompress untuk memastikan tiada data yang hilang. Dulu banyak di gunakan di mesin fax dan scanner tetapi sekarang tidak lagi di gunakan kerana fail saiznya yang besar.

 

 

Selamat Mencuba

P/S: Jika anda mendapati artikel ini menarik untuk di kongsi bersama rakan, klik butang twits (twitter) atau butang share (facebook) yang terletak di sebelah kanan artikel ini.

 

Last Updated on Sunday, 27 November 2011 12:16  

Comments  

 
0 #2 kerengga 2014-01-22 04:25
Quote
 
 
0 #1 kerengga 2014-01-22 04:25
:oops:
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh

Facebookfans


Advertisement

Featured Links: