SukaKomputer

Kelas komputer percuma di laman web

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home

Tukar Format AVI Kepada Format DVD

E-mail Print PDF

Masukkan email, kalau anda nak saya hantar artikel terbaru saya terus ke email anda. Masukkan emel anda di bawah :

Cara-cara Menukar Format AVI Kepada Format DVD

Artikel ini menerangkan cara-cara untuk menukar format video avi,mkv,divx,xvid,mp4 kepada format DVD biasa untuk di mainkan di player DVD biasa.

Keperluan:

  • 15GB ruang hard disk (untuk operasi penukaran)
  • Tools untuk convert avi format ke DVD, download di web site avi2dvd

Langkah 1

  1. Download avi2dvd dan install ke komputer anda

Langkah 2

Setelah selesai proses install, buka applikasi avi2dvd seperti ilustrasi di bawah

 

Klik butang "Load file" dan pilih movie yang anda suka untuk di tukarkan. Sila ambil perhatian yang applikasi ini tidak membenarkan file yang mempunyai character seperti /._\$*@ dan seumpanya. Sila rename file movie anda dahulu jika file movie anda mempunya character-character tersebut.

Di sini kita menggunakan sample movie lucky number.avi. Sebaik sahaja movie tersebut di pilih, applikasi akan memilih aspect ratio yang bersesuaian dengan movie dan kita boleh memilih maximum 3 audio di dalam dvd tersebut. Kita juga boleh menukar aspect ratio yang telah di tetapkan oleh applikasi kepada 4/3 (skrin penuh, di sarankan pengguna menggunakan aspect ratio yang telah di tetapkan oleh applikasi kerana ianya mungkin akan menjejaskan kualiti DVD).

Setelah semua selesai, klik di tab "Step 2"

Langkah 3:


Pilih lokasi untuk avi2dvd memproses file video anda.Kita juga mempunyai pilihan seperti PAL-NTSC. Kebanyakan televisyen hari ini support ke dua-dua format NTSC dan PAL. Jangan lupa untuk memilih disk size, di sini kita menggunakan DVD-5 4.7GB.

Langkah 4:

Pilih encoder HCEnc dengan profile good dan matrix mpeg. Pada pandangan saya, HCEnc mampu memberikan hasil yang baik jika di bandingkan dengan option yang lain. Anda boleh juga mencuba option yang lain jika suka.

Langkah 5:

Masukkan file subtitile jika ada (format *.srt atau txt). Di sebelah kanan pilihan subtitle, terdapat Option Sub1,2 dan 3. Option ini untuk membolehkan anda memasukkan lebih dari satu subtitle.

Selepas selesai, klik butang "Add Job" dan butang "Go" untuk memulakan kerja. Proses ini biasanya memerlukan antara 3 hingga 4 jam bergantung kepada kelajuan komputer yang di gunakan.

Langkah 6:

Selepas beberapa jam, inilah hasil yang kita dapat. Anda hanya perlu burn kan fail di dalam folder DVD itu ke medium DVD.

 

Selamat Mencuba

P/S: Jika anda mendapati artikel ini menarik untuk di kongsi bersama rakan, klik butang twits (twitter) atau butang share (facebook) yang terletak di sebelah kanan artikel ini.

 

 

Last Updated on Sunday, 04 April 2010 14:23  

Add comment


Security code
Refresh

Facebookfans


Advertisement

Featured Links: