SukaKomputer

Kelas komputer percuma di laman web

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home

Cara Mudah Kurangkan Jangkitan Virus

E-mail Print PDF

Masukkan email, kalau anda nak saya hantar artikel terbaru saya terus ke email anda. Masukkan emel anda di bawah :

Zaman sekarang ni sapa yang tidak kenal dengan virus komputer, budak sekolah rendah pun dah tahu lah ape bendanya tu. Tapi tahukah anda yang anda mungkin pembawa utama virus komputer tersebut? Komputer anda mungkin telah di jangkiti virus tanpa anda sedari walaupun komputer anda mempunyai antivirus (memang perkara biasa antivirus tak dapat detect latest virus).

Bagaimana virus ini merebak?

 

 

Senario:
Anda copy drama korea kawan anda ke dalam pen drive anda. Dalam masa yang sama juga, komputer kawan anda yang telah di jangkiti virus itu meletakkan geng-geng jahatnya beserta file autorun ke dalam pen drive anda. Anda pun balik dengan hati yang gembira untuk menonton drama korea tadi. Sesampainya di rumah, anda plug kan pen drive anda di komputer anda. Seperti biasa, komputer anda akan membaca pen drive dan mendapati ada file autorun di dalam pen drive tersebut. Oleh kerana terdapat file autorun di dalam medium itu, komputer anda by default akan melaksanakan autorun file terlebih dahulu. Apabila perkara ini terjadi, komputer anda akan terus mempunyai virus.

Bagaimana cara mudah untuk menghalangnya?

Dalam senario di atas, komputer anda di serang oleh virus kerana terdapatnya konfigurasi autorun anda yang akan melaksanakan sebarang arahan di dalam medium. Cara yang terbaik untuk menghalang perkara ini dari berlaku ialah dengan disable kan autorun di dalam komputer anda. Sila ikuti langkah-langkah di bawah

Langkah 1:

 

Klik Start menu dan klik Run command

Langkah 2:

Masukkan command gpedit.msc di ikuti klik butang "OK"

Langkah 3:

Di sini pilih "Computer Configuration -> Administrative template -> System

Langkah 4:

Di turn off autoplay, klik option disable di ikuti dengan butang "OK"

Langkah 5:

Pastikan Turn Off Autoplay sudah di anda matikan.
Fakta tambahan:
File autorun ini tidak boleh di lihat dengan default configuration, untuk melihat file autorun ini anda perlu pergi ke windows explorer dan klik menu Tools -> Folder Options -> View Tab. Unselect hide protected operating system file.

Sekian

P/S: Jika anda mendapati artikel ini menarik untuk di kongsi bersama rakan, klik butang twits (twitter) atau butang share (facebook) yang terletak di sebelah kanan artikel ini.

Last Updated on Monday, 08 March 2010 18:35  

Comments  

 
+2 #1 2010-11-03 07:06
macan mne ye kalu bagi window 7...
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh

Facebookfans


Advertisement

Featured Links: