SukaKomputer

Kelas komputer percuma di laman web

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home

Sistem Pengoperasian 32 Bit dan 64 Bit

E-mail Print PDF

Masukkan email, kalau anda nak saya hantar artikel terbaru saya terus ke email anda. Masukkan emel anda di bawah :

Topik ini selalu menjadi tanda tanya tatkala kita nak download file application dari internet. Kebiasaanya kita di beri pilihan seperti ini

  • Download XXXXXX for Microsoft Windows 32 bit
  • Download XXXXXX for Microsoft Windows 64 bit
Bagi mereka yang sudah lama menggunakan komputer, perkara ini bukanlah satu masalah yang besar kerana kebanyakan pengguna tahu versi sistem pengoperasian yang sedang di gunakan. Tetapi bagi mereka yang baru pula bagaimana, di sini kita akan lihat bagaimana cara untuk mengenalpasti sistem pengoperasian samada 32 bit atau 64 bit.

Langkah Mengenal Pasti Sistem Operasi

Untuk Windows XP

  1. Klik Start Menu
  2. Klik All Program
  3. Klik Accessories
  4. Klik System Tools
  5. Pilih System Information
Lihat gambar di bawah untuk maklumat yang di cari
Di sini sistem operasi ialah Microsoft Windows XP Profesional 32 Bit. Jika 64 bit pernyataan berikut akan terpapar
OS Name - Microsoft Windows XP Profesional 64 Bit

Untuk Windows Vista atau Windows 7

  1. Klik Menu
  2. Klik Program
  3. Klik Accessories
  4. Klik System Tools
  5. Pilih System Information
atau boleh terus taip perkataan system info di search bar

 


Sila lihat di bulatan merah yang menyatakan 32 bit.

Kelebihan dan kekurangan Sistem 64 Bit

  • Memerlukan pemacu driver untuk 64 bit, kebanyakan barang-barang yang lama tidak mempunyai driver untuk 64 bit. Tanpa driver ini, anda tidak boleh menggunakan device yang ada, bagaimanapun sekarang ini semakin banyak driver yang di hasilkan untuk 64 bit.
  • Masih banyak lagi applikasi yang tidak menyokong windows 64 bit (pada masa inim bagaimanapun keadaan ini akan berubah kelak)
  • Sistem 64 bit membolehkan komputer mempunyai memori melebihi 4GB. Windows Vista / Seven 32 bit mempunyai had 4GB RAM manakala Windows Vista / seven mampu menyokong sehingga 128GB. Ini kerana 32 bit tidak mempunyai julat address yang lebih besar seperti 64 bit
  • Sistem 64 bit mempunyai feature yang lebih baru dan lebih laju.

 

 

Selamat Mencuba

P/S: Jika anda mendapati artikel ini menarik untuk di kongsi bersama rakan, klik butang twits (twitter) atau butang share (facebook) yang terletak di sebelah kanan artikel ini.

 

 

Last Updated on Sunday, 27 November 2011 13:14  

Comments  

 
0 #1 iyzah 2013-07-21 07:29
laptop sy asalnya 64 bit tetapi abg sy telah memasukkan windows seven enterprise 32 bit.Jika sy format adakah akn menjadi 64 bit?
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh


Advertisement

Featured Links: