Adakalanya tanpa di sangka-sangka kita tak dapat nak menggunankan komputer kita di sebabkan oleh virus atau registry windows yang bermasalah. Saya nasihatkan anda supaya jangan panik jika terjumpa masalah seperti ini kerana ada cara mudah untuk mengatasi masalah ini.
Cara ini adalah untuk mereka yang menggunakan Windows 7 atau Windows Vista
Langkah 1: Masuk ke Windows Safe Mode
Untuk masuk ke Windows 7/Vista safe mode, tekan papan kekunci F8 sebaik sahaja komputer di hidupkan. Ada sesetengah komputer akan memberikan mesej error seperti keyboard error atau yang berkaitan dengannya. Jika ini berlaku, ulang proses tadi cuma kali ini anda perlu tekan dan lepas kekunci F8 dengan pantas. Jika ini berjaya, gambar seperti di bawah akan terhasil di komputer anda.
Langkah 2: Pilih menu yang sesuai
Anda boleh memilih samada Safe Mode, Safe Mode with Networking atau Safe Mode with Command Prompt.
Pilih Safe Mode sekiranya anda ingin masuk ke Windows anda dengan sokongan yang minimum (tiada internet dan network)
Pilih Safe Mode with Networking jika anda memerlukan driver untuk di download atau file untuk di copy dari komputer yang lain.
Pilih Safe Mode with Command Prompt sekiranya anda ingin menggunakan command prompt, ini amat sesuai untuk mereka yang mahir dalam command prompt dan juga ingin menyelesaikan berkaitan konfigurasi Video Card di dalam Sistem Operaasi Windows.
Selamat Mencuba
P/S: Jika anda mendapati artikel ini menarik untuk di kongsi bersama rakan, klik butang twits (twitter) atau butang share (facebook) yang terletak di sebelah kanan artikel ini.






Comments
health food stores kansas city cheap prednisone my everyday health
RSS feed for comments to this post.